Dah lama aku tak update blog. Bukan apa, belum sampai seru agaknya. Tapi sekarang dah sampai!!!
Diam-diam dah sebulan lebih aku balik ke Dublin. Dah sebulan lebih jugak aku ke kelas. Oh tuhan! Sedar dari lena yang panjang, dah jauh aku ketinggalan! Macam biasa, sejuk-sejuk macam ni, enjin memang lambat nak panas. Tapi memandangkan dah masuk November hari ni, aku tak kira!! Enjin mesti panas jugak.
Sebelum ni, aku banyak habiskan weekend dengan bertandang-tandang, ke sana ke mari. Rasanya lepas ni kena kurang sikit kot. Walaupun sem ni agak relax, tapi sebenarnya tak. Banyak projek kena buat. Susah-susah pulak tu. Aku memang benci projek-projek ni. Aku bukan berjiwa researcher!!! Haaa demikianlah raungan hatiku.
Apa pun semalam, macam minggu-minggu sebelum, ada jugak aktiviti nak buat. Hari Sabtu lepas Zohor aku dan jiran aku Am & Fer ke rumah kelasmate kitorg. Budak-budak tu buat makan-makan sempena Birthday kakak postgrad sorang ni (dan jugak birthday beberapa org yg belum tiba masanya, kononnya la). Memandangkan jamuan itu berformatkan port-luck, jadi sebagai org bertatasusila, aku segan la nak lenggang lenggok je pergi. Makanya malam sebelum, aku & Am ni sibuk la menggulung roti sardin (sambil tgk nur kasih ok!!) Hahaha. Esok tengah harinya, baru la goreng, then terus pergi rumah mereka itu.

Inilah hasilnya, Sardin Roll Nur Kasih. Laris sekali. Sepatutnya rupanya lebih cantik, tapi disalah potongkan oleh manusia tidak bertanggungjawab.
Balik petangnya pulak, macam dah dijanjikan berminggu-minggu dulu, aku & Muaz nk masak Cordon Bleu - sejenis makanan Perancis kot?? Ni semua gara-gara di tag oleh seseorg di Germany sana melalui Facebook. Kami terliur lalu ingin mencuba. Malangnya, atas beberapa faktor, Cordon Bleu itu kurang menjadi dan buruk rupanya. Tapi boleh la dimakan.. Harus berusaha gigih lagi ni next time!

Perhatian! Ini adalah rupa asal Cordon Bleu. Cordon Bleu buatan kami tidak dapat dipamerkan untuk tontonan umum.
Demikianlah berlalunya hari Sabtuku, penuh dengan masak-masak dan makan-makan. Sampai aku terlupa siapa diriku ini. Aku medic student! Oleh demikian, hari ni aku terus mengqada' study-study yang telah jauh ketinggalan. Semoga masih ada sinar harapan buat ku di hari esok!!
Cao.

